Saturday, April 16, 2011

warkah buat sahabat......

assalamu’alaikum wbt
istimewa buat tatapanmu, sahabatku..
semoga berbahagia selalu hendaknya, dipayungi rahmat dan kasih sayang ILLAHI.
temanku,
usahlah dijadikan warkah penghubung ini sebagai bahan igauan yang bakal menjauhkan kita dari mengingati Tuhan.
pertemuan dan perpisahan yang tertulis dlm persahabatan ini hanyalah sebahagian drpd rencana Tuhan utk menguji debur perasaan yg bergolak buat kita mengawasinya dalam penaklukan diri..
usahlah dikesalkan pertemuan sementara dunia ini. antara kita, tiada hakim yang adil selain Allah Yang Maha Bijaksana.
temanku,
kita merancang, Allah juga merancang
kadang2 rancangan kita tercapai mungkin kerana rancangan kita itu bertepatan dgn rancangan Allah dan adakala sebaliknya.
tapi ingat…manusia merancang dgn cita-citanya, Allah menentukan dgn cintaNya. bukankah Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya?
temanku,
perjuangan memang pahit..jalan bagi seorang yang bernama pejuang bukanlah yang ditabur bunga di sepanjang jalannya..
tapi bertaburan duri yang tajam..menikam hatinya, lalu dihiris dan diguris
penawarnya hanya satu…cintailah Illahi.
temanku,
jangan jadikan setiap masalah sbg penyakit
jadikan ia sbg kematangan diri
setiap penyakit ada penawarnya, begitu juga dgn masalah.
aku bersyukur kerana dipertemukan dgnmu
mungkin kau adalah antara teman yg kucari selama ini
dr pengenalan itu, aku dpt rasakan ada rahmat disebaliknya
mudah-mudahan hingga selamanya
bukan hari ini, bukan hari esok
apatah lagi hati manusia sering berubah
semua itu terjawab pada diri masing-masing
engkau berhak memilih teman sendiri kerana hati merupakan raja dlm diri manusia..
temanku, ingatlah..
Allah ciptakan setiap kejadian semuanya sepurna
ia berlaku dgn adil
meskipun setiap yg baik dan buruk itu juga drpd Allah
mungkin ada kesilapan yg kita lakukan,
Allah beri kita petunjuk..
ada hikmah di sebalik kejadian..carilah hikmahnya..
temanku,
inilah yg dinamakan kehidupan dunia
jika semuanya cantik, baik, tiada cacat celanya,
kita mungkin terpesong, lupa dan lalai dgn hasutan nafsu kehidupan..
akhirat nanti adalah kekal
semua itu dinilai dr kehidupan kita di sini..
temanku,
tiada salahnya kita dipertemukan utk bersahabat kerana dlm islam sendiri menyeru kita merapatkan tali persaudaraan…
seringkali aku panjatkan doa agar persahabatan yg terjalin ini sentiasa dlm redha Illahi
kini, aku semakin yakin kita mampu menelusuri persahabatan ini dgn sebaiknya…
sekalung terima kasih aku hulurkan buatmu atas huluran ukhuwwah yg sgt bermakna buat diriku..
doaku sentiasa mengalir di kejauhan..agar dikau dpt menghadapi kehidupan yg mendatang dgn baik..
temanku,
antara ketentuan yg ditulis bg setiap insan apabila lahirnya ke dunia ialah..
hidupnya, ajalnya, jodohnya dan masa depannya…
mungkin byk hikmahnya akan berada di sana
ucaplah kesyukuran, jiwa yg tenang membawa kedamaian dan keindahan…

warkah ini ditujukn kpd sahabat yg btol2 memahami erti p'sahabatan......






No comments:

Post a Comment